My Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 1, 2009

Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2009, Tang Dynasty Park Hotel, KK, Sabah

Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Pada 20 Nov till 1 Dec 2009, kami semua guru2 dari Daerah Tuaran dipanggil untuk berkursus di Tang Dynasty Park Hotel, KK Sabah. Turut menyertai kami adalah guru2 dr daerah Penampang, KK dan juga dari Labuan.

Kursus ini adalah untuk mendedahkan kami kepada kurikulum baru yang bakal kami gunakan pada tahun 2010. Kursus selama 4 hari 3 malam ini sangat2 bermakna dan membantu kami kerana KSPK sangat2 baru dan kami belum mengetahui apakah perubahan2 tersebut. Ianya disampaikan oleh JU dari IPGM, JPN dan juga JU Guru sendiri...Setelah diberi pendedahan...waaaa...rupanya banyak yang berubah dan semakin sukar...mmmm..nampaknya beban guru2 pra semakin bertambah. Masa pembelajaran tidak lagi 3 1/2 jam seperti selalu tetapi telah bertambah menjadi 4 jam!! Kaedah pengajaran juga berubah..dan yang agak menyenangkan ialah kita boleh mengajar basic abjad dan nombor sehinggalah murid2 benar2 menguasainya dan barulah kita beralih kepada tema...

Disini serba ringkas tentang KSPK yang baru tu...

REKABENTUK KURIKULUM


Ada 2 ciri utama Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu :

1. Kurikulum berasaskan standard

2. Kurikulum berbentuk modular


Kurikulum Berasaskan Standard

Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Dimana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.


Kurikulum Berbentuk Modular

Merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:

1. Modul Asas - terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.

2.Modul Bertema - iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur2 dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak)


6 TUNJANG PEMBELAJARAN dalam KSPK :

  • Tunjang Komunikasi
  • Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
  • Tunjang Kemanusiaan
  • Tunjang Sains dan Teknologi
  • Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Tunjang Ketrampilan Diri

Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid2 prasekolah dapat menguasai 4M bukan lagi 3M. 4M tersebut ialah :

  • Membaca
  • Menulis
  • Mengira
  • Menaakul

Peruntukan Masa Bagi Prasekolah bermula 2010

MODUL

% Peruntukan Masa

TERAS ASAS

BAHASA

BM

Fleksibel

(Awal tahun: 35 %

Akhir tahun: 25%)

BI

BC/BT

MATEMATIK

AKTIVITI LUAR

PEND. ISLAM / MORAL

BERTEMA

MODUL BERSEPADU

Fleksibel

(Awal tahun: 35%

Akhir tahun: 45%)


AKTIVITI RUTIN DAN PERBUALAN PAGI

(baca doa, makan, refleksi)

30%


Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa Instruktional dalam Kelas Prasekolah:

Bil.

Bahasa Instruktional

Peruntukan Masa Minimum Seminggu untuk kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya:

(minit)

Bahasa Malaysia

Bahasa Pengantar lain

1

Bahasa Malaysia

600

400

2

Bahasa Inggeris

600

400

3

Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Inggeris


400


JUMLAH

1200

1200


Peruntukan Masa 1 Minggu untuk Prasekolah yang menggunakan bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia :

Bil.

Modul

Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia (minit)

Dijalankan dalam BM

Dijalankan dalam BI

1

Rutin pagi

30

20

2

Perbualan Pagi

60

40

3

Rehat

90

60

4

Refleksi sebelum balik

30

20

5

Modul Teras Asas Bahasa Malaysia

90


6

Modul Bertema yang dikendalikan dalam BM

100


7

Modul Teras Asas Bahasa Inggeris


90

8

Modul Bertema yang dikendalikan dalam BI


330

9

Pendidikan Islam/Pendidikan Moral



10

Aktiviti Luar

40

40

11

Matematik

40


Jumlah minit seminggu

600

600


Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia :


Bil.

Bidang Pembelajaran

Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan BM

(minit)

Dijlnkan dlm BM

Dijlnkan dlm BI

Dijlnkan dlm BC/BT

Jumlah

1

Rutin pagi *

10

20

20

10 x 5 = 50

2

Perbualan Pagi

20

40

40

20 x 5 = 100

3

Rehat

30

90

30

30 x 5 = 150

4

Refleksi sebelum balik

10

20

20

10 x 5 = 50

5

Modul asas BM

90



90

6

Modul bertema** yang dikendalikan dalam BM

200



200

7

Modul asas BI


90


90

8

Modul bertema** yang dikendalikan dalam BI


140


140

9

Modul asas BC/BT



90

90

10

Modul Bertema yang berunsurkan Pendidikan Moral yang dikendalikan dalam BC/CT /Pendidikan Islam



120

120

11

Permainan Luar ( satu hari dalam BM, satu hari dalam BI)

40


40

80

12

Matematik



40

40

Jumlah minit seminggu

400

400

400

1200


* Rutin Pagi :
Aktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah. Aktiviti rutin merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat. Aktiviti rutin mengambil lebih kurang 30% daripada masa prasekolah. Kandungan dalam aktiviti rutin pula merangkumi kesemua tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).



credit to: http://permatabestariskb.blogspot.com/