My Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak



Tahun ni tahun ketiga berpuasa kt Sabah nih....tahun 2006 move to Sabah, 2007 puasa kt kg coz masa tu balik bersalin, 2008 kt Sabah, masa ni kt Kent, tgh praktikal di SK Gayang this year kt Sabah jugak, first year as a teacher...rindunyer nak berpuasa bersama keluarga di kampung....dan yg paling best bazar Ramadhan kt bandar Jerteh tuh...mcm2 ada... kat sini susah nak cari makanan ikut selera kita..

Thursday, August 20, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan di PKG Tuaran

Arini ada bengkel LDP utk semua kakitangan sekolah di PKG Tuaran, start jam 8 til 5pm tp balik awal, antara yang diperkatakan adalah tentang peraturan tatatertib serta sasaran kerja tahun (SKT), penceramah dar Unit Tatatertib Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan JPN Sabah, Puan Sa'adiah bt Zakaria.

Wednesday, August 19, 2009

Kicthen cabinet....which one?




bestnyer kalu dapat kabinet yang diidamkan...rumah dah ada, tp belum ready nak pindah lg,huhu byk kena renovate balik....berkenan betul yang warna hitam tu....bestnyer kalu dapat...

Sunday, August 16, 2009

Mesyuarat Agung PIBG SK Laya-laya






Minggu ini kerja 7 hari seminggu,penatnyer...kelamarin telah diadakan gotong royong, semua murid dtg, dan kedatangan akan digantikan pada hari Khamis coz semua guru2 akan ada LDP di PKG dr pagi sampailah ke ptg...
Arini, bertolak kul 6.15am, sekolah mengadakan mesyuarat agung PIBG utk memilih AJK baru baru sesi 2009-2011, persiapan yg rapi turut dijalankan coz sekolah menjemput Adun Sulaman utk merasmikan mesyuarat ini, Datuk Hj Hajiji...

Friday, August 14, 2009

Aqil got fever...


dah 3 hari Aqil demam...cian anak mama...hari Rabu mama mc jaga Aqil, then Khamis baba plak yang jaga, arini baba mau bawa Aqil jumpa doktor lagi... siang hari taklah panas sgt, malam2 jer...hai risau betul

Thursday, August 13, 2009

Peranan pembantu pengurusan murid (PPM)


My PPM Saidah Poyok, 31 tahun from Mengkabong...

PPM atau pembantu pengurusan murid memainkan peranan yang sangat penting dalam pengurusan kelas prasekolah. Tanpa PPM, adalah agak mustahil untuk seorang guru prasekolah menguruskan kelas prasekolah dengan berkesan. PPM di kelas prasekolah memainkan peranan sebagai pembantu kepada guru prasekolah dalam menguruskan kelas prasekolah. Tugas seorang PPM merangkumi tugasan harian, tugasan mingguan dan tugasan bulanan.

Tugas harian PPM

• Mencatat kehadiran serta mengambil rekod kehadiran murid di pejabat
• Membuka kelas dan memastikan kelas selamat
• Menyediakan persiapan minum pagi
• Menyambut kedatangan murid
• Mengawal dan mengurus murid sebelum kelas bermula
• Membantu mencatat kehadiran murid setiap hari persekolahan
• Memasak dan menghidang makanan
• Membantu guru dalam P&P
• Mengawasi murid makan/memberus gigi (waktu rehat)
• Membantu guru mengurus murid ketika pulang
• Membantu mengawasi murid yang pulang lewat
• Menyimpan dan mempamerkan hasil kerja murid
• Membersih dan menyusun perabot dalam kelas

Dalam aspek pengurusan kelas, PPM juga berperanan dalam membantu guru prasekolah dalam penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) dan berbincang bersama guru prasekolah dalam menghasilkan BBM dari masa ke semasa. selain itu PPM juga bertanggungjawab dalam soal menjaga kebersihan kelas prasekolah terutamanya bahagian dapur dan tandas serta kawasan persekitaran dan luar kelas prasekolah

Pengurusan dapur, bilik air dan luar kelas

• Membersih peralatan memasak
• Menyusun peralatan dapur
• Buang sampah
• Mop lantai
• Membersih cermin/sinki/sapu tangan murid
• Membersih bilik air
• Menyusun peralatan di dalam bilik air
• Menyapu koridor
• Menyiram pokok
• Membersih kawasan persekitaran taman dan sebagainya

Selepas waktu persekolahan terutamanya di waktu petang, PPM perlu menyediakan peralatan P&P yang telah dibincangkan dengan guru prasekolah di kelas. Selain itu PPM juga perlu menyediakan dan mempersiapkan bahan makanan untuk dimasak pada keesokan harinya. Tugasan terakhir PPM sebelum berakhirnya waktu kerja ialah menyemak rekod dan fail.

Tugasan Mingguan PPM

• Menyapu sawang
• Mencuci kipas angin
• Mencuci tingkap
• Mengemaskini stok bahan basah dan kering
• Mengemas taman permainan luar
• Mencuci peti sejuk
• Mencuci tempat ambil wuduk
• Membantu menguruskan proses pembekalan dan pembelian

Tugasan Bulanan PPM

• Mengemaskini stok inventori
• Mencuci akuarium/longkang
• Membantu menyediakan penyata perbelanjaan bulanan

thanks to http://my-prasekolah.blogspot.com