My Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 29, 2009

KPI Sasaran Najib Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)

KPI sasaran Najib
Oleh ZULKIFLI JALIL dan HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 27 Julai - Bermula Januari 2010, semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada setiap 1 haribulan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Memperincikan enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) di sini, Perdana Menteri berkata, kerajaan turut menetapkan semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012.

Pada masa sama, tegas beliau, ditetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan termasuk curi ragut dan samun tanpa senjata khususnya di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor, sebanyak 20 peratus pada akhir 2010.
‘‘Saya tidak mahu rakyat sebagai klien utama (kerajaan) berada dalam keadaan teraba-raba dan samar akan apakah inisiatif, rancangan dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh kerajaan.

‘‘Sesungguhnya kita komited melakukan transformasi – bukan pembaharuan penambahbaikan - melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisis akhir, rakyatlah yang akan memperoleh faedahnya,” katanya.

Najib menyatakan demikian dalam ucapan bertemakan ‘Merevolusi Pengurusan Perkhidmatan Kerajaan: Pencapaian Diutamakan’ di hadapan 3,000 pegawai kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Hadir sama sebahagian besar Menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Najib berkata, pentadbiran beliau mengambil daya usaha memperkenalkan NKRA dan KPI bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.

Kerana itu, kata beliau, dalam NKRA keempat misalnya iaitu yang menekankan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, kerajaan bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010.

Ketika ini terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara dan daripadanya, lebih 11,000 disahkan statusnya serta telah mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dalam NKRA pertama untuk mengurangkan kadar jenayah pula, kata Najib, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh.

‘‘Ini dibuat menerusi misalnya dengan mewujudkan tribunal khas bagi jenayah jalanan,” katanya.Dalam usaha menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana (NKRA keenam), Najib turut mengumumkan tambahan 35 set ‘‘4-car-train’' yang akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya menjelang akhir 2012.

‘‘Mengikut statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16 peratus daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Maknanya, kerajaan menyasarkan peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 2 peratus pada penghujung 2012,” katanya.

Perdana Menteri berkata, sebagai ketua kerajaan, beliau insaf bahawa yang akan menilai kepemimpinannya nanti akhirnya adalah rakyat.
Tegasnya, apa yang pasti, beliau dan rakan-rakan telah, sedang dan akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sehabis baik dan sedaya mampu.
‘‘Kata orang dulu-dulu, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan boleh mendapat sagunya.
‘‘Marilah bersama menghitung doa ke hadrat Allah Yang Maha Kuasa agar kita diberi kekuatan dan ketabahan untuk melunaskan rancangan mulia ini ‘1Harapan, 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’,” katanya.

Enam menteri kanan terajui NKRA
PUTRAJAYA 27 Julai - Enam menteri kanan dilantik menerajui enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi mencapai matlamat indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) secara lebih berkesan lagi.
Mengumumkan demikian hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setiap minggu beliau akan berjumpa dengan setiap menteri berkenaan bagi menilai pencapaian KPI yang telah ditentukan.

Ini bermakna, kata Perdana Menteri, dalam setiap enam minggu beliau akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang dirancangkan.

''Bagi NKRA meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; NKRA mengurangi kadar jenayah, menterinya adalah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan NKRA memerangi rasuah, menterinya adalah Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.
''NKRA meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula, menterinya adalah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman, menterinya adalah Datuk Seri Shafie Apdal dan NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya adalah Datuk Seri Ong Tee Keat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana Menteri Bersama Pegawai Kerajaan di sini.

Enam NKRA itu diumumkan sempena 100 hari beliau sebagai Perdana Menteri pada 11 Julai lalu dan hari ini beliau memperincikan keenam-enamnya.
Najib berkata, bagi membuktikan tahap kebersungguhan untuk menjayakan NKRA dan KPI berkenaan, tiga bengkel khusus telah diadakan di peringkat Jemaah Menteri.
Katanya, langkah yang pertama kali dilaksanakan itu adalah bagi merangka, memperinci dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit.

Beliau berkata, bagi anggota Jemaah Menteri yang tidak termasuk dalam NKRA, mereka dan kementerian masing-masing tidak terkecuali dari mempunyai KPI.
''Setiap menteri selain daripada enam menteri yang telah saya nyatakan tetap dipertanggungjawabkan mencapai KPI kementerian masing-masing.
''Saya sendiri juga akan memantau prestasi kementerian tersebut pada setiap enam bulan," katanya. .

Tuesday, July 28, 2009

Prasekolah

Perkara Keterangan
Pelaksana Kementerian Pelajaran Malaysia

Objektif Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
Jumlah ...
Kriteria Pemilihan Murid Warganegara Malaysia.
• Berumur 5 dan 5+ tahun.
• Setiap kelas 25 orang murid.
• Berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga.
Geran Per Kapita (PCG) RM100 seorang murid setahun
• RM100 X 25 murid X 1 kelas
• Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun
Bantuan Makanan RM1.50 seorang murid sehari
• RM1.50 X 1 murid X 200 hari
• Jumlah : RM300 seorang murid setahun
Program Prasekolah Pendidikan Khas Prasekolah Bermasalah Pembelajaran
• Prasekolah Bermasalah Penglihatan
• Prasekolah Bermasalah Pendengaran


Prasekolah (bahasa Inggeris: pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah.
Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.
Isi kandungan
[sorok]
• 1 Latarbelakang
• 2 Akta Pendidikan 1996
• 3 Matlamat pendidikan prasekolah
• 4 Konsep
• 5 Objektif
• 6 Lokasi
• 7 Pengurusan
• 8 Murid
• 9 Kurikulum
• 10 Kriteria Pemilihan Sekolah
• 11 Rujukan

[sunting] Latarbelakang
18 Disember 1991 Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program prasekolah.
27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian. - Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas).
[sunting] Akta Pendidikan 1996
Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan program Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
[sunting] Matlamat pendidikan prasekolah
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persedian untuk masuk ke sekolah rendah.
[sunting] Konsep
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.
Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.
[sunting] Objektif
Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah
[sunting] Lokasi
Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan sekolah rendah.
[sunting] Pengurusan
Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atau DG41 manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan jawatan Pembantu Tadbir.
[sunting] Murid
Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun. Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan.
[sunting] Kurikulum
Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
[sunting] Kriteria Pemilihan Sekolah
• Lokasi pedalaman/luar bandar/pinggir bandar/bandar.
• Murid Tahun Satu yang tidak berprasekolah tinggi.
Pihak Kementerian Pelajaran akan menerima laporan yang menunjukkan bahawa terdapat ramai murid Tahun Satu di sesuatu kawasan tidak memasuki mana-mana prasekolah.
• Tiada operator tadika lain.
Pihak kementerian mendapati di satu-satu kawasan itu tidak atau kurang mempunyai tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta atau badan berkanun lain.
• Mengambilkira pendaftaran murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15 orang).
• Kemudahan ubah suai/bina bilik darjah.
Jika sekolah tersebut mempunyai ruang tambahan untuk menempatkan bilik atau bangunan prasekolah.
• Permintaan masyarakat setempat.
Biasanya masyarakat setempat membuat usul melalui PIBG bagi memohon disediakan prasekolah di kawasan mereka.
Kriteria Pemilihan Murid
• Warganegara Malaysia.
• Berumur 5 dan 5+ tahun.
• Setiap kelas 25 orang murid.
• Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga.
Hal ini bergantung pada sesuatu kawasan. Terdapat prasekolah yang menerima kanak-kanak dari golongan berada setelah tawaran kepada umum ditutup dan masih ada kekosongan lagi bagi kelas tersebut. Pihak sekolah akan cuba memenuhi peruntukan untuk 25 orang kanak-kanak bagi setiap kelas. Apabila berlaku kekosongan, pihak sekolah akan memilih kanak-kanak berumur 5 tahun dari kalangan berpendapatan rendah terlebih dahulu. Jika masih ada kekosongan barulah diterima kanak-kanak lain tanpa meletakkan syarat kemampuan ibu bapa.
Geran Per Kapita (PCG)
• RM100 seorang murid setahun
• RM100 X 25 murid X 1 kelas
• Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun
Bantuan Makanan
• RM1.50 seorang murid sehari
• RM1.50 X 1 murid X 200 hari
• Jumlah : RM300 seorang murid setahun
Program-Program Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
• Mulai 2002 Program ICT Prasekolah diberi keutamaan dan menjadi sebahagian elemen penting. Untuk itu setiap kelas prasekolah dibekalkan Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian
(Agihan 2 set komputer dan 1 pencetak setiap kelas)
Selain itu Program ICT Kidsmart Early Learning (IBM) dimulakan pada 2001. Satu set komputer, pencetak yang lengkap dengan meja, kerusi, dan perisian diagihkan untuk kelas prasekolah yang terpilih. Sehingga Februari 2004, KPM terima 59 set daripada IBM (M) Sdn Bhd
Melalui Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas, mulai 2003, sebanyak 3 kelas telah dibuka; ( 20 Murid Biasa & 5 Murid Bermasalah Pembelajaran)
• SK Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.
• SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.
• SK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.
Seterusnya Program Prasekolah Pendidikan Khas dibuka mulai tahun 2004. Sebanyak 28 kelas telah dibuka meliputi:
• Prasekolah Bermasalah Pembelajaran
• Prasekolah Bermasalah Penglihatan
• Prasekolah Bermasalah Pendengaran
Mulai 2004 pula, Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah bermula bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah di Malaysia setanding dengan prasekolah (preschool) di seluruh dunia.
[sunting] Rujukan
Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003.
Lamanweb Kementerian Pelajaran Malaysia
laman pendidikan prasekolah permatakecil

Sunday, July 26, 2009

Tanjung Aru dan Akuarium UMS





Hujung minggu acara mcm biasa, jalan2 lah dgn family, tak tau nak g mana dah...mostly tempat sudah jelajah, lepas itu teringat balik hubby pernah ajak g Akuarium di UMS tu, tp selalu tertangguh, lepak2 jap di pantai Tanjung Aru, tp pantai tak bersih...saluran longkang terus di alirkan ke pantai, sabar ajelah, jgn ada yg kena penyakit kulit sudahlah...on the way mau g 1B singgah jap cuti mata tgk ikan2, fee murah saje RM5, berbaloilah dgn 2 tangki besar penuh ikan tu...even tak sehebat Aquaria KLCC or kt Pulau Langkawi tp oklah, Aqil seronok dpt tgk2 ikan, tgh2 tidur pun kasi kejut tgk ikan....balik rumah terus dia pengsan....kepenatan...

Thursday, July 23, 2009

Deco



Tuesday, July 21, 2009

My students activity





activity students bila habis minum pagi, suruh diaorg baca kad ikut tahap masing2...kad pun buat sendiri...print, tampal2, lukis2, leminate...oklah tuh..

Saturday, July 18, 2009

Aktiviti KOKUM



Aktiviti2 KOKUM sukan badminton, kelab muzik dan kebudayaan dan KRS....

Friday, July 17, 2009

Cerita ttg 2 parit...hehehe




smlm hujan turun dgn lebat, padang sekolah pun lembab... jalan nak masuk ke pra pun becak..so masa nak balik tu u-turn kut padang, last2 sangkut...lawak tul..tanah lembab kt situ, berhempas pulas cikgu2 kt situ tolak kete, sampai lumpur terpercik kt muka dan muka teacher Intan, cian tul, dhlah baru pakai tudung baru, habis semua kotor... sorry guys...

Wednesday, July 15, 2009

Festival Bakat Prasekolah Daerah Tuaran 14-15 Julai 2009







14 dan 15 hb 7 ada festival bakat prasekolah peringkat daerah Tuaran bertempat di SMK Sri Nangka...besar tul sekolah ni.... At the 1st day, tak dpt dtg coz kena hadiri interview with SPP, tentu penat cikgu Mat handle budak2 tu...

Acara at the first day
Bersajak-winner SK Tambalang
Bercerita BM-winner SK SG Damit
Bercerita BI-SK Laya-Laya mendapat tempat ketiga-congrates my boy, dpt jugak even last minute practice... the ant and the flower...., first dpt kt SK Bolong-congrates Cikgu Noor
Nyanyian solo-winner lupa
Muzik dan gerakan-winner SK SG Damit
Hafazan-winner SK Rugading

Second day
Mewarna-winner lupa
Tarian Rampaian-winner SK Berungis

Sunday, July 12, 2009

I Love You...


Love Hearts at WiddlyTinks.com

Family


My Stick Family from WiddlyTinks.com

Wednesday, July 1, 2009

Pertandingan Membaca BM & BI Prasekolah

Mohammad Eron Lee Robles....membaca bahasa Inggeris...


Aaron Stainley Ronni....membaca Bahasa Malaysia


PERTANDINGAN MEMBACA BM DAN BI PRASEKOLAH
PERINGKAT DAERAH TUARAN TAHUN 2009

TARIKH:
1-2 JULAI 2009

TEMPAT:
DEWAN TERBUKA SK LAYA-LAYA TUARAN SABAH