My Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 28, 2009

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

credit to: http://www.maxis.communities.com.my/sites/sksriaman/index.cfm?h=page&a=PRA

PENGENALAN

Pendidikan Prasekolah merupakan satu pendidikan asas yang memberikan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kanak-kanak. Ianya dapat membekalkan kanak-knak dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif.

Pendidikan Prasekolah menitikberatkan pendekatan "Belajar Melalui Bermain" yang mana programnya disesuaikan dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Disamping itu prasekolah juga berfokuskan kepada perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah berkonsepkan satu program penyediaan pengalaman pembelajaran kanak-kanak antara umur 4-6 tahun dalam jangkamasa 1 tahun atau lebih sebelum memasuki ke tahun 1 iaitu alam persekolahan yang lebih formal.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH


Matlamat Prasekolah SK Sri Aman ialah ke arah menyuburkan potensi kanak-kanak dalam aspek perkembangan, penguasaan kemahiran asas,dan memupuk sikap positif untuk memasuki alam persekolahan yang lebih formal.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH



Beberapa objektif Prasekolah SK Sri Aman iaitu :
1. Membentuk kanak-kanak menjadi warganegara bersifat patriotik
2. Membentuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang baik
3. Membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa dengan betul
4. Menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian
5. Menyemai pengamalan nilai-nilai Islam bagi kanak-kanak beragama Islam
6. Menyemai pengamalan nilai-nilai moral bagi kanak-kanak bukan Islam
7. Membekalkan kemahiran kognitif, berfikir dan penyelesaian masalah
8. Membentuk kanak-kanak yang mempunyai kematangan emosi dan sosial
9. Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal yang baik

KOMPONEN KURIKULUM PRASEKOLAH

Terdapat 6 komponen utama dalam kurikulum prasekolah iaitu:

Bil

Komponen

Catatan

1

Bahasa & Komunikasi

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

2

Perkemangan Kognitif

Matematik dan Awal Sains

3

Pendidikan kerohanian & Moral

Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

4

Perkembangan Fizikal

Psikomotor Halus dan Kasar

5

Perkembangan Sosioemosi

Sosial dan Interaksi

6

Perkembangan Kreativiti & Estetika

Lukisan, Kraftangan, Muzikal

ITEM PENILAIAN MURID


Bil

Perkara

Catatan

1

Pemerhatian

a. Tingkahlaku
b. Perbualan/Interaksi/Lisan
c. Hasil Kerja Murid

2

Perekodan

a. Senarai Semak
b. Rekod Anekdot
c. Rekod Berterusan

3

Penyimpanan Maklumat
Dalam Portfolio

a. Rekod Peribadi
b. Rekod Kemajuan
c. Hasil Kerja

0 comments: