My Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 27, 2008

Dinner PPIM 2008









Tuesday, November 25, 2008

BBQ Party-KG Dinner













Wednesday, November 19, 2008

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia 18/11-6/12 2008




Selepas habis BTN, kini tiba giliran KISMM plak selama 3 minggu...penat mmg penat, nak-nak lagi ada exam.. tu yg malas tuh... siap assignment lg... mmg tak sempat rehat...

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia 18/11-6/12 2008

Friday, November 14, 2008

***Anugerah Warna KENT 2008***

Our puan pengarah..Puan Mary Teresa Kinajil

Ni Puan Nancy, pensyarah pembimbing kita masa praktikal dulu..hehehe

Our ex-KU Veckey @ Nur Fatihah, dapat anugerah jugak nih

jadi wakil ambil sijil org je nih...tak pe tumpang glemer

Ni Ketua Unit terbaik...Dailbaken..KU KPLI Prasekolah...KU kami sem 2

Tgh tunggu wakil dtg ambil sijil dan thumbdrive

Kita bergambar duluuu...


Boringnyer... malas betul nak dtg Kent just utk attend anugerah ni... pagi2 lg dh tercapak di Kent, g breakfast dulu di kantin... program start kul 7.30 a.m., adik2 senior yg handle.. mcm2 anugerah ada..anugerah KU terbaik, anugerah Penampilan Terbaik, anugerah UB Terbaik.. mcm2lah...seronok gak 2 3 kali jd wakil member ambil sijil coz ramai yg pegi BTN, yg tinggal 2 unit jer, tu pun ramai yg tak dtg, adik2 senior yg ramai yg dtg...program pun habis awal.. 9.00am dh habis, pengarah tak brp sihat...berucap pun kejap jer...contact abg dtg ambik...hehehe

Thursday, November 13, 2008

Layan Aqil


Nak main tp mata asyik duk tgk tv

Comot lepas makan coco crunch...

Tak buat apa2 pun...layan Aqil bermain and wacth tv

Monday, November 10, 2008

***Kursus BTN,Kundasang , Ranau , Sabah. 6-10 Nov 2008

Cilok dr fotopages sapa entah...

yang pun cilok gak...



Mak aii... berkabus tak napak gunung...

Kuat betul angin bertiup, sampai kembung2 baju ku itu...

Berkabus dan nak hujan dah...

Gambar dr bus jer, kelam kabut nak balik dh nih...

Sempat lagi tuh...

Dlm dewan makan at thr first day...

Member2 dr unit BK

Menyahut seruan sebagai bakal penjawat awam kami telah mengikuti kursus Biro Tatangera yang telah diadakan di Kem Biro Tatanegara ,Kundasang , Ranau , Sabah. Kami 2 unit dr IPGM Kent (KG and BK) seramai 40 org telah bergabung dgn IPGM Keningau. Bertolak dr Kent kul 2.00pm, dalam 3.30pm sampai ke kem. IPG lain dh ready nak mulakan taklimat, kami terhegeh2 mau daftar, cari asrama, gosok baju... hangin btl..patutnyer bertolak awal2 lg..so tak adalah kelam kabut mcm ni... tapi tak best tak leh ambik gambar and use the handphone...byk ambik gambar masa nak balik dh...cepat2..dahlah masa tu hujan dan berkabus...tak napak gunung...

Mak aiiii... second day masa berhimpun tu sejuk giler...menyesal tak bawa sweater yg tebal tuh...ni setakat sweater Kent jer...sejukkkkkkkkk...

Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memenuhi slot-slot sepanjang tempoh kursus tersebut. Antaranya ialah ceramah, Latihan Dalam kumpulan ( LDK ) , aktiviti-aktiviti fizikal seperti ujian fisiologi, berlari 2km, Up-sailing , kembara (hujannnnnn..habis basah..sejuk giler..mencabar gak nih) dan macam2 lagi....matlamat kursus ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memupuk semangat cintakan negara kita " MALAYSIA " selain daripada memenuhi keperluan untuk Penilaian Tahap Kecekapan(PTK) dalam SSM. Overall thanks to Kem A Kumpulan 1, and our fasi Tuan Azahari... you r e best....sori coz kerana I, u all nangis jugak..heheheh

Wednesday, November 5, 2008

****3rd Wedding Anniversary****







Hari ni ulangtahun perkahwinan kami yg ke-3, cepatnyer masa berlalu...3 tahun mengharungi kehidupan sebagai suami isteri, dan sekarang sebagai seorang ibu...semoga kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat..... best jugak sempena celebrate habis exam...tunggu je hubby nak bawa makan kt mana...last2 g Kenny Rogers...tak kisah;ah sebab ada org belanja... asalkan hepi...